Apa ada pada tarikh lahir?

Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan dengan penuh kepelbagaian PROGRAM atau ATURCARA dan HUKUM-HAKAM. Semua ini perlu diakses. Dalam dunia ini terdapat pelbagai PETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KOD yang boleh diakses oleh setiap orang. Untuk MERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUK ini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yang TEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya boleh diibaratkan sebagai KUNCI kepada SUKSES. Dengan teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.
Persoalan utamanya - Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?Sebelum itu, mari kita fahami dahulu 'perkara apa yang hendak difahami'. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi didalam tarikh lahir.



Dengan merungkai KOD ini, seseoarang itu mampu :
Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
Memecahkan KEBUNTUAN PERMASALAHAN
Memahami PETUNJUK ALAM
Membaca ZON masalah kesihatan pada tubuh fizik,
Mencari KESERASIAN dalam membentuk hubungan sosial, kekeluargaan dan kerjaya,
Memahami KEKUATAN POTENSI DIRI dari sudut MENTAL, EMOSI & KEROHANIAN
Malah anda MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a 'PROBLEM SOLVER' kepada setiap permasalan yang datangIlmu yang dimaksudkan ialah ilmu : ANALISIS TARIKH LAHIR - NUMEROLOGI. Selain dari teori serta falsafah, ilmu ini juga mengandungi ribuan teknik yang boleh DIPELAJARI, DIOLAH, DITEROKAI dan DIPRAKTIKKAN..... SEMUANYA berdasarkan KREATIVITI. Kenapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu akan menggunakan otak kanannya untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada logik.Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri).

Nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh tahun, & tarikh hari. Otak kiri melihat nombor dan otak kanan pula melihat unsur. Jadi, ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belah otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Jadi, ini memberikan FAEDAH kepada penganalisis. Gabungan MINDA SEDAR + MINDA SEPARA SEDAR juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya akan bekerja secara MAKSIMUM !!Minda separa sedar juga mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya BOLEH DIKENALPASTI dengan teknik


Numerologi ini. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, Minda sedar mampu bergabung dengan Minda separa sedar berdasarkan UNSUR.Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario 'pertembungan arahan' didalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan akhirnya seperti banyak yang berlaku diluar sana, seseorang itu akan mengeluh ...

"Beginilah nasib saya..."Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan lagi. Untuk ini, aspek KEROHANIAN amat diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK pada masa akan datang. Ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA!!. Ini juga adalah berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN.Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu seseorang itu berdasarkan kod yang dijadikan sebagai petunjuk. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan persediaan yang secukupnya.Numerologi juga merupakan salah satu TEKNIK yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atau PAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu dari aspek

Perniagaan & Kewangan
Perhubungan sosial antara masyarakat
Perhubungan Kekeluargaan
Kerjaya

0 comments: