LeLaKi Yang kuaT MCm MAna yeR???

Kekuatan seorang lelaki bukan diukur pada ketegapan bahunya. Sebaliknya,ia kelihatan pada keluasan tangannya mengelilingi atau melindungi isteri dan keluarganya.

Kekuatan seorang lelaki bukan dinilai pada suaranya yang garau dan dalam. Ia sebaliknya terletak pada kata-kata bisikanya yang lembut.

Kekuatan lelaki bukan diukur pada kekuatannya sewaktu memukul sebaliknya ia terletak pada sentuhannya yang lembut.

Kekuatan seorang lelaki bukan dilihat pada berapa ramai teman-teman yang dimilikinya tetapi ia dinilai melalui kebolehannya berdampingan sekaligus menjadi teman baik anak-anaknya.


Kekuatan seorang lelaki bukan hanya dilihat kepada berapa ramai dia berjaya 'menakluk' hati wanita. Ia sebaliknya terletak kepada kesetiaannya cintanya terhadap seorang perempuan.


Kekuatan lelaki bukan terletak pada kebolehannya mengangkat beban tetapi ia terletak pada berapa beban yang boleh dipikul.

10 TiPs UntUK MEnGakTIfkan GEtaran KEjaYaan

Di sini ingin BerkoNgsi tip Kejayaan oleh orang2 yang berjaya.

1)Mereka bersyukur dengan setiap nikmat Allah swt. Bersyukurnya mereka bukan sekadar dengan kata-kata "Alhamdulillah" sahaja,tetapi disertai dengan perbuatan.... Mereka gunakan nikmat tersebut dan biasanya mereka berkongsi dengan orang lain.

2)Mereka sentiasa mencari ilmu untuk muhasabah diri,mngenali diri dan sentiasa memperbaiki diri mereka."non-stop" mendapatkan ilmu dan mentor untuk memudahkan mereka berjaya.Mereka sanggup berkorban wang ringgit dan masa untuk ditukarkan dengan mendapatkan ilmu dan mentor.Mereka faham yang ilmu adalah penyuluh hidup mereka.

3)Mereka bergaul dengan orang2 positif yang membantu pemikiran mereka serta kejayaan hidup mereka.

4)Mereka bersangka baik. Apa maksud "bersangka baik". Berfikiran positif tentang diri sendiri dan orang lain.Hidup ini ada "Ups" dan ada "Downs",tetapi mereka yakin yang setiap satu kesusahan akan disertai dengan kesenangan.Itu janji Tuhan.

5)Mereka tidak iri hati atau sakit hati dengan kejayaan orang lain dan berdoa yang mereka juga akan berjaya seperti orang lain.

6)Perkataan "putus asa" tidak ada di dalam kamus hidup mereka.

7)Mereka menyumbang kepada masyarakat atau kepada yang memerlukan.

8)Sentiasa berfikiran besar dan positif.

9)Mereka menjaga ibu bapa mereka dan menggembirakan mereka. Ini rahsia besar untuk berjaya dalam hidup.

10)Sekiranya mereka muslim,mereka yang beristigfar selain daripada menjaga tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim,amat mudah mengaktifkan getaran kejayaan di dalam hidup mereka.

Keistimewaan Wanita




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Wanita ciptaan iStimeWa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah
mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat
dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi
oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

Rahsia Lelaki Melalui Gaya Seluar

Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

4 golongan lelaki

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.:-

25 Sifat Wanita Perangkap Lelaki

Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.

Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Rahsia Tapak Tangan Lelaki




Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

30 Larangan untuk Wanita




Semoga mendapat manfaatnya

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

hanya untuk suka-suka.
horoskop adalah haram untuk orang ISLAM

Psstttt... nh just suka2 n kajian jer...

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami



1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Kenapa Lelaki Macho perlu pakai Jam Tangan




Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, "Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK




Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Jatuhnya Wanita seKsi




Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…



Dipetik dari Rahsia Perkahwinannn

kerinduan setiap pasangan

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya ‘cabaran-dugaan hidup’ yang lebih mencabar sedang menanti…Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’. Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi…Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat…Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas…

Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka…Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat…Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana terkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut. Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH…

Perkahwinan itu sendiri”mengambil masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita’.Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang…

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah… Dengan kata lain “bercinta dulu… “Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan…Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal…Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek…Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk…Semuanya terletak kepada ANDA, ’suami dan isteri’, bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu…

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir lah,bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman,cemburu dan jenaka.Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,”Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman,belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu…

“Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian…Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, ” Aku mahu keluarga bahagia.”Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’ hanya dengan kata-kata…
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan..Pengorbanan suami-isteri ke arah itu…

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu(teori).Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!”Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila… kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah…“Rumahku, Syurgaku.”Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..Ingatlah perpatah ini ” LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS…

“Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa… Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untuk dibentuk…Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu…Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’…Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga… Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan… Cerdik mendidik anak-anak, Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik?. Jangan hanya jadi ‘pak turut’?Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’… Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap…

Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah… Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam sekam… ‘Bila parah, baru hendak bertindak… Saat itu mungkin sudah TERlambat,kerana ’sekam’ telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan…Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya..Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan menyusahkan isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya…

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga… Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau “isteri” sahaja memainkan peranan…Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak… “suami-isteri.”Itu la taarif “perkongsian hidup”… Peranan kedua-dua.“Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama ’suami dan isteri… ‘‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita…

TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing…(’menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan…Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka…Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami…

Biar dia marah kita, katakan, ‘Allah lebih marah perbuatanmu… ‘ Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan Allah… ‘ Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu… Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan… Biarkan dia berbantah… Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan…Sabda Rasulullah SAW:“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?”

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu “berganding bahu” dengan utuh untuk membentuk ‘keluarga bahagia… ‘Jangan sesekali ’suami’ menunding kepada ‘isteri’ atau ‘isteri’ menunding kepada ’suami’ bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka ’sedar’ terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada pasangan kita?Manusia sentiasa lupa…

Di sini ilmu amat penting…Didik dengan lemah-lembut, tetapi ‘tegas’ atau ‘keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ…Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah SWT!Alam perkahwinan itu ‘amat manis’… semanis berbulan madu, tetapi menjadi ‘amat pahit’… sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya…Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang ‘perfect’… tetapi memadai, “tanggungjawab” kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak…

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami… Dan pesanan terakhir, “Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah… pasangan anda meninggal dalam tidur… kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk.

Dugaan cinta jarak jauh

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui?

Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.
- Percaya pada pasanganApabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauhMemang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketikaJangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabarSetiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersamaSekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan?

Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Ucap AKu MEncintaimu secara SERiuS...

BANYAK perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.BANYAK perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.# Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

# Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

# Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

# Ketika mengucapkan, "Aku mencintaimu", lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

# Ketika berkata, "Maafkan saya", pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.# Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.# Percayalah pada cinta pandang pertama.

# Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

# Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

# Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

# Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

# Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

# Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.# Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

# Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

# Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.# Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

# Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

# Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

# Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.

Kejadian WAnitA...

Ianya bnyak lagi ingin saya kupaskn mngenai waita ini krn ianya sgt menarik perhatian saya,apa kata kita tengok mngenai kejadian wanita.......


Asal Kejadian Perempuan

"Berbedakah asal kejadian perempuan dari lelaki? Apakah perempuan diciptakan oleh tuhan
kejahatan ataukah mereka merupakan salah satu najis (kotoran) akibat ulah setan? Benarkah
yang digoda dan diperalat oleh setan hanya perempuan dan benarkah mereka yang menjadi
penyebab terusirnya manusia dari surga?

Demikian sebagian pertanyaan yang dijawab dengan pembenaran oleh sementara pihak
sehingga menimbulkan pandangan atau keyakinan yang tersebar pada masa pra-Islam dan yang
sedikit atau banyak masih berbekas dalam pandangan beberapa masyarakat abad ke-20 ini.
Pandangan-pandangan tersebut secara tegas dibantah oleh Al-Quran, antara lain melalui ayat
pertama surah Al-Nisa':

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari jenis
yang sama dan darinya Allah menciptakan pasangannya dan dari keduanya Allah
memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Demikian Al-Quran menolak pandangan-pandangan yang membedakan (lelaki dan perempuan)
dengan menegaskan bahwa keduanya berasal dari satu jenis yang sama dan bahwa dari
keduanya secara bersama-sama Tuhan mengembangbiakkan keturunannya baik yang lelaki
maupun yang perempuan.
Benar bahwa ada suatu hadis Nabi yang dinilai shahih (dapat dipertanggungjawabkan
kebenarannya) yang berbunyi:

Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari sahabat Abu
Hurairah).
Benar ada hadis yang berbunyi demikian dan yang dipahami secara keliru bahwa perempuan
diciptakan dari tulang rusuk Adam, yang kemudian mengesankan kerendahan derajat
kemanusiaannya dibandingkan dengan lelaki
. Namun, cukup banyak ulama yang telah
menjelaskan makna sesungguhnya dari hadis tersebut.
Muhammad Rasyid Ridha, dalam Tafsir Al-Manar, menulis: "Seandainya tidak tercantum kisah
kejadian Adam dan Hawa dalam Kitab Perjanjian Lama (Kejadian II;21) dengan redaksi yang
mengarah kepada pemahaman di atas, niscaya pendapat yang keliru itu tidak pernah akan
terlintas dalam benak seorang Muslim."192

Tulang rusuk yang bengkok harus dipahami dalam pengertian majazi (kiasan), dalam arti bahwa
hadis tersebut memperingatkan para lelaki agar menghadapi perempuan dengan bijaksana.
Karena ada sifat, karakter, dan kecenderungan mereka yang tidak sama dengan lelaki, hal mana
bila tidak disadari akan dapat mengantar kaum lelaki untuk bersikap tidak wajar. Mereka tidak
akan mampu mengubah karakter dan sifat bawaan perempuan. Kalaupun mereka berusaha
akibatnya akan fatal, sebagaimana fatalnya meluruskan tulang rusuk yang bengkok.
Memahami hadis di atas seperti yang telah dikemukakan di atas, justru mengakui kepribadian
perempuan yang telah menjadi kodrat (bawaan)-nya sejak lahir.
Dalam Surah Al-Isra' ayat 70 ditegaskan bahwa:

Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di
lautan (untuk memudahkan mencari kehidupan). Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan
Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk-makhluk
yang Kami ciptakan.
Tentu, kalimat anak-anak Adam mencakup lelaki dan perempuan, demikian pula penghormatan
Tuhan yang diberikan-Nya itu, mencakup anak-anak Adam seluruhnya, baik perempuan maupun
lelaki.

Pemahaman ini dipertegas oleh ayat 195 surah Ali'Imran yang menyatakan: Sebahagian
kamu adalah bagian dari sebagian yang lain, dalam arti bahwa "sebagian kamu (hai umat
manusia yakni lelaki) berasal dari pertemuan ovum perempuan dan sperma lelaki dan sebagian
yang lain (yakni perempuan) demikian juga halnya." Kedua jenis kelamin ini sama-sama
manusia. Tak ada perbedaan antara mereka dari segi asal kejadian dan kemanusiaannya.
Dengan konsideran ini, Tuhan mempertegas bahwa:
Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal, baik lelaki maupun
perempuan (QS 3:195).


Pandangan masyarakat yang mengantar kepada perbedaan antara lelaki dan perempuan dikikis
oleh Al-Quran. Karena itu, dikecamnya mereka yang bergembira dengan kelahiran seorang anak
lelaki tetapi bersedih bila memperoleh anak perempuan:
Dan apabila seorang dari mereka diberi kabar dengan kelahiran anak perempuan, hitam-merah
padamlah wajahnya dan dia sangat bersedih (marah). Ia menyembunyikan dirinya dari orang
banyak disebabkan "buruk"-nya berita yang disampaikan kepadanya itu. (Ia berpikir) apakah ia
akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah menguburkannya ke dalam tanah
(hidup-hidup). Ketahuilah! Alangkah buruk apa yang mereka tetapkan itu (QS 16:58-59).
Ayat ini dan semacamnya diturunkan dalam rangka usaha Al-Quran untuk mengikis habis segala macam pandangan yang membedakan lelaki dengan perempuan, khususnya dalam bidang kemanusiaan.


Dari ayat-ayat Al-Quran juga ditemukan bahwa godaan dan rayuan Iblis tidak hanya tertuju
kepada perempuan (Hawa) tetapi juga kepada lelaki. Ayat-ayat yang membicarakan godaan,
rayuan setan serta ketergelinciran Adam dan Hawa dibentuk dalam kata yang menunjukkan
kebersamaan keduanya tanpa perbedaan, seperti:
Maka setan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya ... (QS 7:20).
Lalu keduanya digelincirkan oleh setan dari surga itu dan keduanya dikeluarkan dari keadaan
yang mereka (nikmati) sebelumnya ... (QS 2:36).

Kalaupun ada yang berbentuk tunggal, maka itu justru menunjuk kepada kaum lelaki (Adam),
yang bertindak sebagai pemimpin terhadap istrinya, seperti dalam firman Allah:
Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya (Adam) dan berkata: "Hai Adam, maukah
saya tunjukkan kepadamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan punah?" (QS 20:120).
Demikian terlihat bahwa Al-Quran mendudukkan perempuan pada tempat yang sewajarnya serta
meluruskan segala pandangan yang salah dan keliru yang berkaitan dengan kedudukan dan asal
kejadiannya.

Nama... ada rahsia ker ????

Ahahh... topik nih puler sy nk gtau bbrp nama yang dikaitkan personaliti diri kita...



Rahsia Nama Bermula Dengan Huruf
---------------------------------
A - Menggambarkan seseorang itu bijak
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita
O - Suka menyendiri
Q - Tak suka DEDAhkan DiRi kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - Berpendirian kukuh dan bersemagat
T - rOMANtis orangnya
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

TuLisan lamBAngkan kepErIBAdian???

Hah, penulisan utk kali ini adalh mngenai penulisan..
Ianya dipetik drp Dr Fadzilah Kamsah sendiri..


Tulisan
--------
Orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi.
Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah.
Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu.
Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami
pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap
individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak
berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.
Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah
untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi
keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

KECONDONGAN TULISAN
TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.
Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta.
Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain
dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin
dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain
untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat
bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran
nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang
amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya
sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu,
mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

BENTUK TULISAN
LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam
pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil
bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.�
BERSAMBUNGPemikirannya berdasarkan logik.
BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

JARAK TULISAN
TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar
didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia
mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat
dengan dirinya itu.
TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia
seorang yang berfikiran optimistik.
RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang
sewajarnya.
PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh
dikongsi bersamanya

Dr Fadzilah Kamsah
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan. Logy ertinya
bidang ilmu

1) Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian
belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
� Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

2) Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
� Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak
di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
� Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di
sebelah kiri (otak logical)

3) Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur
orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka � berubah, amat setia
kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
� Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya
kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
� Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur > >

4) Kerapatan
i. Jarang-jarang
� Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

5) Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada
orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang
walaupun sayang itu banyak dalam diri

6)Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan:
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah
peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hid

kekal lebih lama???

Tips2nya yerr...
nh pe y sy taulah ,insyallah sy akn update... lgpun sy igt2 lupa..
lg satu tips2 nh klu wat sebelah pihak jer mmg agk PAYAH r........

1)Hnya bg ksh syg sbnyk 40-50% sahaja.knp? nnt sy terngkan...
2)Communication. nh sp2 pun wajib praktik.nh sowg jer byk ckp n sowg lg diam jerr... tnya khbar pun payah,Xleh r gtu kan... rini anda kol,len kli si dia kol ker... brulh rs sama2 ssh n senang...
3) Sambut ulang taun. Ahaa.. nh kbnykkan psngn abaikn,cublh wat satu event y sgt brmkna bg kowg... watkn ianya ssh tuk dilupakan... Xtau? nnt sy trngkn...
4)Gurauan.. Alahai,hubungn klu Xder gurau snda alamtny lama2 berkubur ler ye sandari n saudar... grau pun de had... tgk pd gaya r yer.. jgn kerap sgt,nnt boringg....

skit jer kan..?? sebnrnya byk lg,kbykkn prkara2 len tu rmai owg dh ketahui mcm percaya,jujur,setia,berjumpa,nh adalh tips biasa kte dgr...


*nh adalh pndpt sy melalui pnglamn n pmbcaaan dan pmrhatian sy sahaja... andai Xbtol,sy mntak maaf...

Sempit rezeki kerana dosa?

artikel ini daripada www.mstar.com.my
PERNAHKAH anda dengar rezeki sempit disebabkan dosa? Masyarakat nyata akan tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos kehidupan yang semakin tinggi.Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut kerana telah disapai tetamu tak diundang, ‘The silent killer’ yang menjadi sebab-musabab membawa kepada kematian.Tetamu senyap itu apa lagi kalau bukan tekanan darah tinggi.
Saat awal dilanda kemelut (tekanan hidup) ini, bagi sebahagian masyarakat Islam yang mampu, mereka mungkin cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari kaunselor bertauliah. Tak cukup dengan itu, mereka bertemu dengan pakar-pakar motivasi. Lalu beberapa tip dan panduan dibekalkan untuk tindakkan jangka pendek dan jangka panjang.Antaranya: faktor perancangan masa (Time manegement), faktor displin, faktor belajar dari kegagalan, faktor meraih peluang dan macam-macam lagilah.Mereka juga disarankan agar membaca karangan-karangan hebat ‘mereka’ yang dinobat sebagai ‘paling berjaya’ dalam bidang-bidang yang popular samada dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pengurusan, keewangan dan lain-lain lagi. Saat itu, berkobar-kobar semangat mereka untuk meraih kejayaan dan keuntungan yang berlipat ganda.Namun bila terjun semula ke alam realiti atau dunia sebenar, masalah sebenar mereka masih juga tidak hilang. Masalah hidup makin bertimpa-timpa.
Pintu rezeki semakin menyempit dan hutang pula semakin melilit pinggang. Kawan-kawan yang konon rapat dan berikrar sehidup semati dengan kita dulu pun, ramai yang telah ‘angkat kaki’ hilang entah ke mana. Tanpa kembali kepada Islam, jawapan kepada ‘ketidaktentuan’ rezeki kita itu tidak akan terjawab sampai bila-bila.Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.Dosa penghalang rezekiDari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW.
Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri.
Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda: “Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan).”Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.Firman Allah SWT yang bermaksud, “Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.” Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?
Rezeki tidak berkatTanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukan kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada.Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga. Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut.
Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara?
Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini.
Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati.