Buku Terkini Mengenai Magnet Kekayaan

Assalamualaikum,Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai 2 buah buku yang bakal diterbitkan oleh PTS tidak lama lagi. Buku yang pertama bertajuk MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA.Umat Islam sangat dituntut untuk melakukan Solat Dhuha kerana mempunyai banyak kelebihan atau fadhilatnya. Antara fadhilat yang sering diketahui umum ialah dimurahkan rezeki.


Oleh itu saya yakin buku ini akan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana solat dhuha ini dapat menjadi magnet rezeki kepada pengamalnya.Manakala buku yang kedua pula bertajuk AJAIBNYA SEDEKAH; SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA.

Sedekah juga amat dituntut dalam Islam.

Banyak juga hadis nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan bersedekah, terutamanya ke jalan Allah.

Namun ramai diantara kita yang tak berapa ambil 'pot' sangat mengenai sedekah ini sbg amalan yang dituntut agama. Sesetengah tu hanya terbuka 'mata' mengenai keajaiban sedekah ini apabila menonton atau membaca THE SECRET.


The Secret hanya mengulang sahaja apa yang telah diajarkan oleh Islam dalam perspektif yang berbeza.Jika sebelum ini, buku-buku agama yang berkaitan sedekah disusun dlm bentuk yang terlalu konservatif, saya amat berharap buku ini dapat memberikan penerangan yang menarik mengenainya sebagaimana The Secret berjaya membuka minda dan mata masyarakat mengenai kebaikan dan kelebihan bersedekah.Sememangnya saya tidak sabar untuk memiliki kedua-dua buku ini.

0 comments: